fbpx

Netizen kecam keluarga takutkan kanak-kanak dengan maskot panda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan seorang kanak-kanak menangis ketakutan melihat maskot panda.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak menangis ketakutan apabila didatangi maskot berbentuk beruang panda tular di media sosial.

Menerusi sebuah video berdurasi 55 saat yang dikongsi oleh akaun Twitter @Malaysiaviral, kanak-kanak itu dipercayai berkunjung di sebuah pantai bersama ahli keluarganya.

Bagaimanapun, secara kebetulan terdapat maskot panda datang menghampiri keluarga tersebut.

Dalam video itu kelihatan kanak-kanak tersebut menangis teresak-esak dan cuba melarikan diri daripada maskot tersebut.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial lebih memberi perhatian kepada reaksi ahli keluarga kanak-kanak tersebut yang dilihat tidak memujuk kanak-kanak terbabit.

“Kasihan budak ini, yang dewasa tolong jangan buat begini. Jangan gelakkan budak kalau mereka betul-betul ketakutan. Dia boleh trauma. Sampai ke tua trauma boleh melekat. Kalau boleh jadi orang dewasa yang beri mereka rasa selamat, sekurang-kurangnya bila orang lain ketawakan dia, dia tahu keluarga akan lindungi dia,” kata Lyxjo.

“Video ini buat aku sedih. Aku benci orang dewasa yang macam ini. Ada pengalaman lebih kurang sama dan kejadian itu beri kesan kepada aku sampai sekarang. Tak pernah tak menangis kalau teringat, tak ada siapa tolong aku masa itu,” kata Jannah.

Komen daripada pengguna media sosial itu kemudian mendapat respon daripada seorang wanita dipercayai ibu kepada kanak-kanak terbabit.

Katanya, tindakan mereka tidak memujuk kanak-kanak tersebut ialah kerana kanak-kanak itu pada awalnya berdegil mahu mandi di laut walaupun dihalang kerana air pasang ketika itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI