PUTRAJAYA – Sebanyak 3,573 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,758,086 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Data laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter hari ini.
Angka baharu tersebut menunjukkan sedikit penurunan apabila sebanyak 3,997 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam dengan jumlah kumulatif sebanyak 2,754,513 kes.- K! ONLINE