fbpx

PM minta orang ramai waspada risiko gelombang kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta orang ramai sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa terhadap kemungkinan berlaku gelombang kedua bencana banjir.

Menurut beliau, ia berikutan amaran hujan berterusan di paras bahaya di beberapa kawasan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.

“Lagi amaran hujan berterusan di paras bahaya. Sentiasa waspada dan patuhi arahan pihak berkuasa,” katanya dalam satu hantaran di Twitter hari ini.

Beliau turut memuat naik kenyataan MetMalaysia berhubung amaran cuaca yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut pagi ini.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata, beliau telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi-agensi terlibat yang lain untuk bersiap sedia di lokasi berisiko bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua.

Menurut Perdana Menteri, beliau sendiri akan memastikan gerak kerja persediaan tersebut berjalan dengan lancar.

“Kepada yang tinggal di kawasan berisiko, saya nasihatkan agar sentiasa berwaspada dan patuh arahan serta nasihat daripada pihak berkuasa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI