PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat membabitkan beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Melaka sehingga pukul 12 tengah hari nanti.
Menurutnya, ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda kawasan Tampin di Negeri Sembilan.
“Selain itu, amaran yang sama turut melibatkan keseluruhan negeri Melaka bagi tempoh yang sama hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Terbaharu, lebih 800 penduduk di Jeli dan Kuala Krai dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air dalam gelombang kedua banjir bermula semalam.
Dalam pada itu, MetMalaysia kekal mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan peringkat waspada, buruk dan bahaya bagi beberapa negeri di semenanjung serta Sabah.
“Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan amaran terkini cuaca bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku seperti banjir,” katanya. – K! ONLINE