fbpx

Banjir: Terperangkap lebih enam jam dalam ladang sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Haqimi (dua dari kiri) keletihan selepas lebih enam jam terperangkap dalam ladang kelapa sawit yang ditenggelami banjir.

KEMAMAN – Seorang pekerja ladang berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam banjir sewaktu sedang bekerja di Ladang RISDA Cherul di sini hari ini.

Mangsa, Adam Haqimi Aqil Alias, 21, terperangkap di kawasan ladang tersebut yang dinaiki air selama lebih enam jam, sebelum diselamatkan pasukan bomba pada pukul 4.40 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada mangsa pada pukul 2 petang dan seramai 14 anggota bomba serta polis bergegas ke kawasan ladang kelapa sawit itu untuk menyelamatkan mangsa.

“Mangsa dikatakan masuk ke ladang berkenaan pada awal pagi untuk bekerja. Waktu itu jalan masih boleh dilalui sebelum mula ditenggelami banjir pada pukul 10 pagi.

“Dia panik kerana tiada jalan untuk keluar dari ladang itu. Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan menggunakan dua buah bot,” katanya di sini hari ini.

Mohamad Hanif berkata, pasukan penyelamat terpaksa mengambil masa lebih dua jam untuk menyelamatkan mangsa berikutan kawasan ladang yang jauh iaitu kira-kira 40 kilometer dari jalan besar.

Tambah beliau, operasi itu sukar dan mencabar kerana kebanyakan lokasi di ladang berkenaan telah dinaiki banjir dan mangsa berjaya dibawa keluar pada pukul 4.40 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI