fbpx

Mayat lelaki lemas dicelah akar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PPDA JBPM berusaha mengeluarkan mayat mangsa lemas yang tersangkut di celah pokok di Sungai Lubok Jong, Kampung Serongga, hari ini. /FOTO IHSAN PDRM

PASIR MAS – Mayat seorang lelaki ditemui dicelah akar pokok selepas bot yang dinaikinya terbalik di Sungai Lubok Jong, Kampung Serongga di sini hari ini.

Mangsa, Mohd. Razi Jaafar, 40, ditemui anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan kira-kira pukul 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.20 petang oleh abang mangsa yang dikenali sebagai Aziz.

Menurutnya, melalui panggilan itu, lelaki berkenaan memaklumkan bahawa adiknya lemas selepas perahu yang dinaikinya di sungai berkenaan terbalik.

“Anggota PPDA telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum menemui mangsa dicelah akar pokok berhampiran tebing sungai kira-kira pukul 5.30 petang.

“Mayat dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI