fbpx

Indonesia bakal jadi lawan paling sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALONEY (kiri) sedar persaingan getir menanti anak-anak buahnya pada Kejuaraan AFF B-23 selepas diundi bersama Indonesia dalam Kumpulan B.

PRESTASI Indonesia pada kempen Piala AFF Suzuki kali ini di­jangka jadi gambaran awal kemampuan pasukan negara repbulik itu pada Kejuaraan AFF Bawah 23 Tahun (B-23) Februari tahun depan.

Daripada senarai skuad Piala AFF Suzuki kali ini, skuad Garuda memiliki 13 pemain berusia bawah 22 tahun ke bawah dan dijangka disenaraikan dan meneruskan cabaran pada Kejua­raan AFF B-23.

Jika itu yang berlaku, pasukan Indonesia akan menjadi halangan terbesar skuad muda negara memburu status juara kumpulan bagi mengesahkan slot ke separuh akhir secara automatik.

Perkembangan itu pastinya menuntut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan ­ruang seluas-luasnya buat pengendali negara, Brad Maloney untuk merancang strategi terbaik.

Maloney sedar persaingan getir menanti anak-anak buahnya, malah jurulatih kelahiran Australia itu juga perlu melihat sejauh mana potensi pencabar lain.

“Kesemua pasukan bukanlah lawan yang mudah. Namun, kita mahukan keputusan yang positif pada pertandingan itu. Jadi, kita perlu bersiap sedia dengan persiapan yang lebih rapi,” kata Maloney.

Dalam majlis undian yang diadakan kelmarin, Malaysia dan Indonesia berada dalam Kumpulan B bersama Myanmar serta Laos.

Harapan peminat pastinya mahu menyaksikan prestasi hebat ketika kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia sebelum ini mampu diteruskan pada kejohanan serantau nanti.

Hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara terbaik akan layak ke separuh akhir Kejuaraan AFF B-23.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI