fbpx

Polis tumpaskan bitcoin haram terbesar di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash (kanan) menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas dari premis Bitcoin yang diserbu di sekitar daerah Manjung, semalam.

UMUT – Polis menumpaskan kegiatan melombong bitcoin secara haram yang terbesar di Perak dalam satu operasi bersepadu khas di sekitar daerah Manjung dekat sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ia melibatkan rampasan 1,720 mesin bitcoin yang bernilai RM2,000 setiap satu serta pelbagai barangan lain dengan nilai keseluruhan kira-kira RM3.5 juta.

Jelasnya, kegiatan tersebut yang menggunakan bekalan elektrik secara haram telah mengakibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerugian kira-kira RM2 juta.

“Dalam operasi bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam tadi, polis turut menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai menjadi penjaga premis terlibat di Ayer Tawar.

“Lelaki itu direman selama empat hari untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengurus Negeri TNB Perak, Mohd. Toha Abd Manan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, di Seri Manjung hari ini.

Menurutnya, operasi itu dilakukan di 30 premis rumah kedai yang agak terlindung daripada orang awam yang mana 22 premis terletak di Sitiawan, empat di Seri Manjung, tiga di Ayer Tawar dan sebuah premis di Kampung Bharu.

Jelas beliau, operasi melibatkan 154 pegawai dan anggota polis, 15 juruteknik khas TNB dan enam anggota bomba itu telah memeriksa 75 premis tetapi hanya 30 daripadanya didapati beroperasi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI