fbpx

Taufan Maysak mara ke Semenanjung Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail Taufan Super Maysak yang dirakam Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 31 Mac 2015. - AFP / ESA / NASA / Samantha Cristoforetti

SEOUL – Semua penerbangan di Korea Selatan tidak dibenarkan berlepas dan amaran ribut dikeluarkan untuk kedua-dua negara Semenanjung Korea pada ketika satu taufan yang dikhuatiri paling kuat sejak beberapa tahun lalu akan tiba hari ini.

Lebih 300 penerbangan domestik dibatalkan pada ketika Taufan Maysak bergerak dari arah selatan pulau pelancongan Jeju dengan membawa angin selaju 162 kilometer sejam.

Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Sye-kyun berkata, ribut itu diramalkan sama kuat dengan Taufan Maemi pada 2003 yang menyebabkan seramai 131 orang mati dengan kemusnahan bernilai lebih 4 trilion won (RM14 bilion).

“Kami semua kini berasa bimbang,” katanya.

Maysak, memperoleh nama daripada sejenis pokok di Kemboja, dijangka membadai arah barat Busan di Korea Selatan petang ini.

Taufan itu kemudian diramal bergerak ke bahagian timur semenanjung sebelum ke Laut Jepun, turut dikenali sebagai Laut Timur di Korea.

Ramalan cuaca juga menunjukkan taufan dijangka tiba berhampiran kawasan bandar industri Chongjin di Korea Utara hari ini.

“Angin yang dibawa akan menjadi lebih berbahaya hari ini (semalam) dan esok (hari ini),” menurut Pejabat Pentadbiran Meterologi Korea Selatan dengan menyatakan taburan hujan lebat dijangka lebih 400 milimeter.

Media rasmi Pyongyang melaporkan kerajaan Korea Utara mengambil langkah-langkah kecemasan untuk mengurangkan impak bencana.

“Hujan lebat dan angin kuat diramal berlaku di beberapa kawasan di Republik Demokratik Rakyat Korea,” kata Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Maysak ialah taufan kedua membadai Semenanjung Korea dalam tempoh seminggu.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un pada minggu lalu melawat satu ladang yang terjejas akibat Taufan Bavi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI