fbpx

Isteri berada di prasekolah ketika suami telah bergelar pegawai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto mereka ketika masih kecil yang dikongsi oleh wanita itu. - TikTok

JAKARTA – Sepasang suami isteri menjadi tular di media sosial Indonesia selepas berkongsi kisah mereka yang mempunyai jarak usia yang amat ketara, lapor laman berita Suara.com semalam.

Perkongsian itu dikongsikan oleh akaun TikTok milik @jennypuspita_11.

Menerusi perkongsian tersebut, si isteri mendedahkan bahawa dia dan suaminya mempunyai jurang usia yang amat jauh, iaitu ketika suaminya sudah bergelar pegawai polis, dia baru memasuki prasekolah.

“Tahun 2004 saya masih bersekolah di tadika, tetapi dia (suami) pula seorang anggota polis.

“Pada 2018 pula, kami menjadi suami isteri,” demikian kongsi wanita itu pada ruangan kapsyen.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan usia sebenar mereka berdua.

Dalam video yang sama, wanita berkenaan turut berkongsi bahawa suaminya merupakan seorang duda.

Dia turut mengakui pernah disakiti oleh lelaki muda, yang menyebabkannya memilih lelaki lebih berusia sebagai suami.

Netizen yang menonton klip video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Entah-entah jodoh saya masih di dalam kandungan,” komen seorang netizen.

“Daripada sini kita dapat belajar bahawa bukan Tuhan tidak mahu memberikan kita jodoh, sebaliknya Tuhan menyuruh kita bersabar kerana jodohnya masih di sekolah tadika,” komen seorang netizen lain. – AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI