fbpx

Amaran fenomena ‘Icemageddon’ di Alaska susulan suhu ekstrem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kodiak merupakan salah satu lokasi di Alaska yang mencatat rekod uhu yang tinggi. - Getty Images

JUNEAU, ALASKA – Negeri paling sejuk di Amerika Syarikat, Alaska, merekodkan suhu paling panas pada Ahad lalu, lapor Badan Penyiar Britain (BBC) semalam.

Suhu di pulau Kodiak melonjak ke rekod 19.4 darjah Celsius Ahad lalu, 7 darjah Celsius lebih panas daripada paras tertinggi di negeri itu sebelum ini.

Bagaimanapun, suhu di beberapa kawasan lain di Alaska telah menjunam kepada paras terendah.

Susulan cuaca ekstrem, pihak berkuasa mengeluarkan amaran fenomena ‘Icemageddon’, ekoran hujan lebat dan salji yang telah meninggalkan ais sekeras simen melitupi jalan raya.

“Ais amat sukar untuk dikeluarkan apabila ia telah melekat pada permukaan jalan.

“Walaupun suhu udara panas, jalan raya berada pada suhu di bawah sifar yang menyebabkan ais melekat di permukaan,” ciap Jabatan Pengangkutan dan Kemudahan Awam menerusi akaun Twitter.

Sementara itu, pakar berkata, udara panas yang bertiup dari Hawaii telah menjadikan udara Alaska yang kebiasaannya sejuk dan kering pada bulan Disember lebih lembap.

Ia bermakna, hujan lebat dan ribut salji berkemungkinan besar berlaku di kawasan pedalaman, jauh dari kawasan pantai.

Dalam pada itu, seorang saintis iklim, Rick Thoman berkata, ais itu berkemungkinan akan terus melekat pada jalan sehingga sekurang-kurangya Mac atau April depan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI