fbpx

Pejabat ADUN Pelabuhan Klang dipecah masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan dan dokumen yang diselongkar penjenayah di pejabat itu.

KLANG – Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, dekat sini turut menjadi sasaran penjenayah apabila dipecah masuk selepas banjir surut di kawasan itu, Isnin lalu.

Selain pusat yang terletak di kawasan Pandamaran itu, dua lagi premis berdekatan iaitu sebuah klinik dan kedai aluminium menjadi mangsa perbuatan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, kejadian itu disedari pihaknya ketika mahu membuka pusat khidmat berkenaan, kira-kira pukul 10 pagi.

Katanya, beliau terkejut melihat keadaan pejabatnya di tingkat dua premis itu berselerak dan diselongkar.

“Pada waktu itu, siling pejabat didapati terbuka dan dipercayai menjadi laluan penjenayah yang masuk menerusi bumbung bangunan.

“Saya kemudiannya memeriksa semua barangan dan dokumen, namun tiada yang dilaporkan hilang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Jelas beliau, kejadian pecah masuk itu dipercayai berlaku pada awal pagi selepas pusat berkenaan ditutup pukul 10.30 malam, pada Ahad lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI