fbpx

Harga pengeluar naik 12.6 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banjir yang turut melanda kawasan pertanian menjejaskan bekalan, seterusnya memberi tekanan kepada harga. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan pada November 2021 meningkat 12.6 peratus berbanding bulan sama tahun lalu, didorong oleh lonjakan kos bahan mentah. 

Ini menandakan lapan bulan berturut-turut inflasi dari perspektif pengeluar mencatatkan peningkatan dua angka pada tahun ini, berdasarkan laporan bulanan yang diterbitkan Jabatan Perangkaan hari ini.

Peningkatan disumbangkan oleh indeks perlombongan yang melonjak 71.2 peratus, disebabkan peningkatan harga minyak mentah (79.8 peratus) dan gas asli (38.2 peratus). 

Indeks pertanian, perhutanan & perikanan turut meningkat namun pada kadar lebih perlahan iaitu 19.1 peratus, manakala indeks pembuatan meningkat 8.4 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, cuaca sejuk, angin kencang ditambah dengan hujan lebat di kebanyakan tempat di Malaysia menjadi salah satu faktor kenaikan kos komoditi terutamanya sayur-sayuran. 

“Bilangan pekerja yang tidak mencukupi di kawasan ladang juga mengurangkan keluaran, seterusnya mengakibatkan gangguan bekalan dan menyebabkan kenaikan harga. 

“Baru-baru ini, hujan lebat menyebabkan banjir besar di beberapa negeri yang memusnahkan kebanyakan tanaman dan kemudiannya boleh mengakibatkan gangguan dalam rantaian bekalan serta mendorong kepada kecenderungan tekanan ke atas harga,” katanya dalam satu kenyataan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI