fbpx

Jawi saran solat Hajat, doa selamat, bacaan Yasin selepas solat Maghrib esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan supaya mengadakan solat Hajat, bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat seleps solat Maghrib esok.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, ia bagi memohon perlindungan Allah SWT dan kesejahteraan untuk negara Malaysia khususnya warga Wilayah Persekutuan dalam menghadapi tahun baharu yang mendatang.

“Marilah kita semua berdoa agar Allah SWT melimpahkan keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan kepada negara Malaysia tercinta serta memelihara negara daripada segala musibah, bencana dan penularan wabak penyakit berbahaya.

“Zahirkanlah sifat kesyukuran di atas nikmat kurniaan Allah SWT dengan mengekalkan suasana keharmonian, kesepaduan dan keprihatinan dalam kehidupan bermasyarakat,” katanya satu menerusi kenyataan hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI