fbpx

Wanita meninggal dunia selang sejam selepas bayi maut dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bayi lelaki berusia setahun maut manakala empat lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Jalan Kimanis - Keningau petang semalam.

PAPAR – Ibu kepada bayi maut dalam kemalangan di kilometer 40, Jalan Kimanis – Keningau, semalam disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Papar.

Wanita terbabit dikatakan meninggal dunia selang sejam selepas kematian bayi lelaki berkenaan yang sewaktu kejadian berada dipangkuannya.

Kedua-dua mangsa dikatakan duduk dibahagian penumpang hadapan dan dilaporkan tercampak keluar sebaik kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra terbabit terbabas.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, siasatan awal mendapati keluarga itu bergerak dari Keningau menuju ke Papar.

“Bagaimanapun, kereta yang dipandu suami mangsa dikatakan gagal dikawal sebelum terbabas dan merempuh bukit ketika menuruni jalan bukit berselekoh dalam keadaan hujan lebat.

“Kenderaan berkenaan dilaporkan berpusing berapa kali sehingga mengakibatkan seorang bayi yang berada dipangkuan ibunya tercampak dari kenderaan.

“Ekoran kemalangan itu, bayi lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu mangsa yang parah dihantar ke Hospital Papar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Batholomew menyatakan ibu bayi berkenaan kemudiannya disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Papar.

Menurut beliau, pemandu bersama dua lagi mangsa membabitkan seorang kanak-kanak, 12, dan wanita berusia 20-an turut mengalami kecederaan dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Katanya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI