fbpx

JIM buru tiga wanita warga Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar ketiga-tiga wanita Indonesia yang diburu JIM

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) kini mengesan tiga wanita warganegara Indonesia bagi tujuan perbicaraan di mahkamah.

JIM menerusi satu kenyataan hari ini berkata, mereka dikenali sebagai Ginati Putri, 26; Supriyanti, 25, dan Mia Sri Anjani, 26.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka dikehendaki bagi kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan Imigresen 1963.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Wan Mazlyna Che Mat di Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Putrajaya.

“Wan Mazlyna boleh dihubungi menerusi talian 03-88801338 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI