PETALING JAYA – Pelakon Tiz Zaqyah berang dengan tindakan sebuah blog yang sesuka hati memuat naik gambar wanita berbogel dikatakan miliknya.
Menerusi ciapan dalam Twiter miliknya, Tiz menangkis, sekali gus menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan keji yang menyatakan foto tersebut adalah miliknya.
“Kepala banar kau tu aku lahanat. Tengok content (kandungan) dia pun penuh dengan benda-benda lucah,” ciapnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengguna platform media sosial tersebut menggesa Tiz atau nama sebenarya Siti Zaqyah Abdul Razak, 33, segera mengambil tindakan undang-undang.
Dalam artikel yang disiarkan portal berkenaan, Tiz konon-kononnya telah membuat pengakuan bahawa gambar bogel berkenaan adalah dirinya yang dirakam untuk simpanan peribadi.
“Tolong report (lapor) dan saman mereka ini semua. Masing-masing gila dan fitnah orang.
“Kemukakan saman fitnah dan saman malu kak. Jangan bagi muka dekat puak-puak begini. Makan duit haram dengan cerita-cerita fitnah dan mengaibkan maruah orang,” tulis pengikut.
Terdahulu, kecoh dalam laman Twitter mengenai foto suntingan yang dimuat naik sebuah blog berbahasa Melayu lengkap dengan kapsyen: “Itu gambar saya, macam mana boleh tersebar – Tiz Zaqyah”.
Sementara itu, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan komen lanjut daripada pelakon drama fenomena Nur Kasih itu masih belum berhasil. – K! ONLINE