fbpx

Hati berbelah-bahagi, Anzalna sebak ganti Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANZALNA

PETALING JAYA – Menggantikan posisi yang pernah diisi oleh seorang figura hebat, Allahyarham Siti Sarah bukan satu hal yang mudah dan itulah yang dirasai aktres terkenal Anzalna Nasir.

Akui pemilik nama penuh Nur Anzalna Md Nasir, 33, dirinya sedikit sukar membuat keputusan untuk menerima tawaran menjadi wajah terbaharu bagi jenama tudung milik arwah iaitu Loveta.

Pendedahan tersebut sekali gus menjawab teka-teki ramai mengenai siapakah selebriti wanita yang telah dipilih menggantikan Allahyarham Siti Sarah.

“Ketika mereka menghantar mesej dan bertanya untuk kerjasama ini saya macam berbelah-bahagi kerana jenama tudung itu memang dah sinonim dengan nama arwah Siti Sarah. Banyak kali saya tanya pendapat suami iaitu Hanif Zaki,” katanya dalam satu entri Instagram.

“Sesi penggambaran yang dijalankan sangat menyentuh hati. Minta maaf jika saya tidak dapat memberikan yang terbaik sepanjang penggambaran kerana terlalu beremosi. Saya sangat rindukan arwah, al-Fatihah buatnya,” katanya.

Kata pelakon drama Memori Cinta Suraya itu lagi, sejak mula berhijab sekitar September lalu, dia mengakui menerima pelbagai tawaran daripada jenama tudung terkemuka.

“Alhamdulillah sejak bertudung banyak tawaran pelbagai jenama tudung dari dalam dan luar negara tetapi Loveta menjadi pilihan saya,” ujarnya.

Menerusi video yang dikongsi, Anzalna dilihat gagal menahan air mata dan sebak begitu sebak pada sesi penggambaran produk terbaharu Loveta.

Lebih sebak, dalam video tersebut turut memaparkan ibu tiri Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi dan anak perempuan Allahyarham, Talita turut mengalirkan air mata.

Terdahulu, sebuah video yang di muat naik dalam Instagram Siti Sarah meluahkan rasa syukur selepas berjaya menemui individu yang sesuai bagi menggantikan tempat Allahyarham seperti yang diimpikannya sebelum ini.

Sebelum ini, nama Anzalna antara yang disebut netizen selepas video teaser dikeluarkan beberapa hari lalu.

Untuk rekod, selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, jenama tudung tersebut terus disambung dan diusahakan oleh Siti Fatimah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI