fbpx

Empat negeri terima amaran ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan empat buah negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan bagi keseluruhan negeri Perlis, beberapa daerah di Kedah, Perak dan Sabah yang dijangka akan berlaku sehingga pukul 11 pagi nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis manakala di Kedah pula ia melibatkan daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

“Sementara itu di Perak, turut diramal berlaku ribut petir ialah di Hulu Perak. Sementara itu, cuaca sama dijangka melanda daerah Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat, Sabah,” katanya di sini hari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI