fbpx

Konvoi keranda, pocong demi kebaikan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJAWAT awam berpakaian sut pelindung diri dan memegang keranda kosong di atas sebuah trak pikap

JAKARTA – Pihak berkuasa memakai sut pelindungan diri dan berarak membawa keranda kosong di jalan raya di kota Jakarta semalam sebagai peringatan kepada penduduk bahawa kes Covid-19 masih menular di Indonesia.

Satu konvoi trak pikap kenderaan mayat dan bergerak di sekitar kawasan kejiranan padat dengan beberapa petugas memakai aksesori kepala berwarna putih seakan-akan figura hantu pocong.

“Kami harap perarakan keranda ini akan beri peringatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dengan risiko enggan mematuhi peraturan-peraturan keselamatan kesihatan.

“Mereka boleh bayangkan bagaimana keadaan jika mereka mati akibat Covid-19,” kata Ketua Daerah Cilandak di Jakarta Selatan, Mundari.

Perarakan itu menarik perhatian penduduk di Cilandak bernama Ahmad Soleh Suzany.

“Ia amat menakutkan kerana perarakan menunjukkan bahaya besar yang kami sedang hadapi,” katanya kepada agensi berita AFP.

Perarakan keranda itu berlaku semasa Indonesia mencatat peningkatan kes Covid-19 dengan kematian membabitkan lebih 100 doktor barisan hadapan serta ratusan kanak-kanak.

Indonesia mempunyai jumlah penduduk keempat tertinggi dunia mencatat lebih 177,000 kes jangkitan Covid-19 serta 7,505 kematian setakat ini. Indonesia mempunyai seramai 270 juta penduduk.

Pihak berkuasa di negara itu menguatkuasakan hukuman denda ke atas mereka yang tidak memakai pelitup muka atau gagal mengamalkan penjarakan fizikal.

“Selain menjatuhkan hukuman, kami juga cuba meningkatkan kesedaran. Cara ini membantu mesej sampai kepada orang ramai,” kata Mundari. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI