fbpx

Rangnick sudah mula rasai bahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANGNICK (kanan) sudah pening kepala disebabkan sikap ‘diva’ yang didakwa berlaku dalam bilik persalinan United ketika ini. – AFP

MANCHESTER – Pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick didakwa mula pening kepala untuk menyelesaikan masalah utama dalam bilik persalinan pemain yang dikatakan punca utama pemecatan pengendali terdahulu, Ole Gunnar Solskjaer.

Cabaran terbesar dihadapinya adalah sikap ‘diva’ ditunjukkan beberapa nama besar antaranya Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes seperti didakwa bekas pemain United, Gary Neville.

Selain itu, Ronaldo dan Fernandes juga dilihat gagal menyesuaikan diri dengan formasi 4-2-2-2 diterapkan Rangnick menyebabkan The Red Devils sekadar seri 1-1 dengan Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

Bagaimanapun, kapten Uni­ted, Harry Maguire tampil mempertahankan situasi semasa pasukannya dan memberikan jaminan akan meraih keputusan lebih positif apabila berdepan Burnley di Old Trafford awal pagi esok.

“Kami tidak mendapat manfaat apa-apa walaupun 16 hari tanpa bola sepak. Pusat latihan ditutup disebabkan prosedur menangani Covid-19.

“Ramai yang terkesan dise­babkan Covid-19. Namun, kami tidak boleh menganggapnya sebagai satu alasan, sebaliknya perlu memberikan prestasi terbaik dalam setiap perlawanan kami beraksi.

“Memang kecewa dengan keputusan ini tetapi kami akan bangkit dengan persembahan lebih membanggakan,” kata Maguire yang juga naib kapten skuad antarabangsa England.

The Red Devils kini menduduki tangga ketujuh EPL dengan 28 mata, ketinggalan tujuh mata di belakang pasukan tempat keempat, Arsenal yang bermain lebih dua perlawanan setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI