fbpx

Judi atas talian semakin diminati, elak dihidu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash

TAIPING – Perjudian dalam talian menggunakan peranti mudah alih dikesan menjadi trend dalam kegiatan haram itu di negeri ini dipercayai bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ini kerana pengendali judi cenderung
mengunakan peranti seperti tablet dan telefon pintar dalam modus operandi mereka.

Bagaimana pun katanya, pihaknya kekal konsisten dalam memerangi kegiatan perjudian di negeri ini meskipun modus operandi operator sindiket berkenaan sentiasa berubah-ubah.

“Jika dahulu mereka sewa premis tetapi kini semua dijalankan dalam talian termasuk pertaruhan dan pembayaran termasuk menggunakan peranti mudah alih.

“Itu antara cabaran yang dihadapi pakar judi kita tetapi kita tidak pernah berhenti malah lebih agresif untuk terus membanteras kegiatan ini di seluruh negeri,” katanya ketika ditemui selepas Program Hari Bertemu Pelanggan bersama Ketua Polis Perak di Taiping Mall di sini hari ini.

Menurut Mior Faridalathrash, kecekapan pihak polis ini menyaksikan seramai 1,632 individu ditahan atas pelbagai kesalahan perjudian sejak Januari lalu hingga semalam melibatkan wang tunai dipercayai hasil judi berjumlah RM269,735.

Katanya, tangkapan berkenaan adalah hasil 1,557 serbuan terhadap premis judi dalam talian dan judi ekor haram termasuk rampasan 344 unit peranti elekronik yang dipercayai digunakan dalam perjudian.

“Daripada jumlah tersebut judi ekor haram mencatatkan peningkatan ketara iaitu 1,302 serbuan dengan 1,336 tangkapan berbanding tahun lalu sebanyak 652 serbuan dan 691 tangkapan.

“Bagaimana pun, kegiatan judi dalam talian pula turun apabila merekodkan 255 serbuan dengan 296 tangkapan berbanding 269 serbuan dan 395 tangkapan tahun lalu,” katanya.

Tambah beliau, tindakan pemotongan elektrik juga telah diambil ke atas 76 premis yang terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian mengikut Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI