fbpx

Atlet perlu capai tahap optimum acara pecut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM mampu mencapai tahap optimum kerana mempunyai beberapa komponen pada tahap terbaik iaitu kekuatan reaktif, tenaga dan daya pecutan maksimum.

SIRI KETIGA (1)

SELAIN bantuan kepakaran sains sukan, terdapat beberapa aspek utama yang memainkan peranan pen­ting bagi meningkatkan tahap kemajuan atlet pecut dalam usaha mencatat catatan masa terbaik.

Ketua Pusat Sukan Kekuatan dan Daya Tahan Bahagian Prestasi Institut Sukan Negara (ISN), Jad Adrian Washif berkongsi pandangan bahawa semua pelari pecut negara sebenarnya berpotensi merakam catatan masa berkelas dunia.

Paling penting, beliau menegaskan, setiap pelari termasuk bintang masa depan skuad olahraga negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi perlu mengelak daripada mengalami sebarang kecederaan agar tidak menjejaskan perkembangan mereka.

“Ada beberapa komponen yang penting untuk mencapai tahap optimum acara lari pecut seperti kekuatan reaktif, tenaga, teknik, ketahanan kelajuan dan pecutan.

“Selain itu, amalan pemi­lihan nutrisi yang betul serta strategi pemulihan yang ideal selain menguatkan aspek motivasi pemikiran dan motivasi juga penting buat atlet.

“Sudah tentu atlet juga memerlukan kemudahan yang lengkap untuk latihan dan kejurulatihan, malah pengalaman serta pendedahan akan banyak membantu tahap perkembangan atlet,” katanya.

Jika semua pelari pecut negara termasuk Azeem, 16, dapat mencapai tahap optimum tersebut, tidak mustahil mereka mampu mencatat masa menarik termasuk catatan masa bawah 10 saat (s) untuk 100 meter (m).

Jad Adrian turut berkongsi keputusan analisis yang telah dilakukan pihaknya terhadap Azeem tahun lepas untuk menilai potensi sebenar atlet dari Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat tersebut.

Menurutnya, pelari ketujuh terpantas dalam sejarah 200m Malaysia dengan catatan 21.05s itu mempunyai beberapa komponen pada tahap terbaik iaitu daripada aspek kekuatan reaktif, tenaga dan daya pecutan maksimum.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI