fbpx

Pasangan kekasih dihukum ‘mandi’ dalam longkang kerana berdua-duaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua remaja itu dibiarkan merangkak di dalam longkang berlumpur hitam. - Instagram

JAKARTA – Dua remaja di Indonesia tular di media sosial apabila dihukum ‘mandi’ di dalam longkang selepas ditangkap berdua-duaan dan melakukan perbuatan tidak bermoral, lapor laman berita Suara.com hari ini. 

Video itu dimuat naik ke akaun Instagram bernama @penajam_terkini.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang remaja lelaki sedang merangkak di dalam longkang dengan wajahnya dipenuhi lumpur hitam. 

Seorang remaja perempuan dilihat mengekorinya dari belakang lalu turut merangkak memasuki longkang tersebut.

Tidak lama selepas itu itu, seorang penduduk dilihat menendang remaja lelaki berkenaan supaya dia merangkak dalam keadaan lebih rendah di dalam longkang.

Berdasarkan keterangan pada video tersebut, kedua-dua remaja tersebut dihukum selepas penduduk menangkap mereka duduk berdua-duan dan melakukan perbuatan tidak bermoral.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen membanjiri ruangan komen.

“Lebih baik bawa jumpa ibu bapa mereka. Ataupun kahwinkan terus,’’ tulis seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI