PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di seluruh negara malam ini.
Kawasan terlibat adalah Putrajaya, Johor Bahru di Johor dan Klang, Petaling serta Sepang di Selangor.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, beberapa kawasan di Sarawak turut diramal mengalami cuaca sama.
“Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Sibu (Selangau), Kapit (Song dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang.
“Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod),” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan petang ini.
Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka berlaku di Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang di Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin esok sehingga 1 Januari 2022.
“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah: Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga 2 Januari 2022,” katanya. – K! ONLINE