fbpx

Wanita sudah lali dipersenda pendek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORAISAH melayan pelanggan di gerai adik iparnya di Jalan Dato Mohd Ali, Endau di Mersing semalam.

MERSING – Fizikalnya yang kecil membuatkan ramai menyangka Noraisah Mohd. Rosli sebagai kanak-kanak serta masih bersekolah meskipun usianya telah mencecah 35 tahun.

Itu situasi yang kerap dihadapi wanita yang dilahirkan dalam keadaan fizikalnya rendah berbanding wanita normal seusia.

Katanya, keadaan dirinya itu juga menyebabkan dia turut berdepan kesukaran untuk be­kerja di luar.

Anak kedua dari empat beradik itu berkata, dia kini bekerja dengan adik iparnya menjaga gerai buah di Jalan Dato Mohd Ali, Endau, di sini.

“Sudah sembilan tahun saya bekerja dengan adik ipar. Bila berjual dan jumpa orang, memang ramai yang bertanya adakah saya masih bersekolah kerana fizikal saya yang rendah dan kecil.

“Sebelum ini saya pernah bekerja di stesen minyak, namun tidak lama. Oleh kerana fizikal saya ini saya mempunyai had dari segi pergerakan terutama­nya kerja yang memerlukan saya memanjat.

“Bahkan ke­rana fizikal saya ini, saya dituduh sehingga saya diberhentikan kerja. Ketika itu saya pun tidak tahu apa salah saya sedangkan saya tidak pernah membuat masalah.

“Sebab itu bagi saya lebih mudah bekerja dengan keluarga sendiri. Bila bekerja dengan orang luar, ada yang mengata tentang diri saya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Wanita itu juga sudah lali apabila sering menjadi bahan persenda orang lain.

“Kawan-kawan ada juga yang persendakan fizikal saya bahkan sampai sekarang bila orang cakap saya pendek, saya amat sensitif dan mula nak marah, namun saya diam sahaja.

“Saya pun mahu jadi seperti orang lain yang normal, mahu berumah tangga dan ada anak. Sebelum ini pernah ada berkawan, namun semuanya sekadar hendak main-main sahaja,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI