fbpx

‘Bantu kami cari dana selamatkan Ariq Rizqy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RIZAL dan Putri Balqis merayu agar orang ramai tampil membantunya untuk mengumpul dana RM40,000 bagi menanggung kos rawatan Ariq Rizqy.

JOHOR BAHRU – Sudahlah dibuang kerja, anak yang baru dilahirkan pula menderita pe­nyakit jantung berlubang.

Itu dugaan hidup yang perlu ditanggung Shah Rizal Mochammad, 27, dari Tampoi di sini yang semakin buntu untuk mencari dana bagi menampung kos perubatan anak keduanya itu.

Menurut Shah Rizal, dia dan isterinya, Putri Balqis Aqilah, 26, dikurniakan cahaya mata kedua kira-kira sebulan yang lalu, namun bayi lelaki yang diberi nama Ariq Rizqy itu disahkan menghidap jantung berlubang.

“Sejujurnya, saya buntu. Te­rus-terang saya cakap sekarang duit saya makin susut. Saya nak pinjam pun tidak berani sebab tidak tahu bila saya boleh pulangkan semula.

“Kos rawatan Ariq dianggarkan RM40,000. Selepas dibuang kerja, saya cuba bangkit, namun ujian lain pula datang dan saya anggap ia amat berat bagi kami sekeluarga.

“Saya sekeluarga kini terpaksa menetap di rumah kakak ipar saya di Tampoi ke­rana tidak mampu lagi menyewa sendiri,” katanya yang sebelum ini bekerja di Singapura dalam industri makanan.

Shah Rizal berkata, semasa Ariq berusia tiga hari, doktor memaklumkan bahawa jantung anaknya itu berlubang di dua bahagian iaitu satu di bahagian dinding jantung bahagian bawah dan satu lagi di bahagian tiub atas jantungnya.

“Betapa luluhnya hati seorang bapa dan ibu apabila doktor mengesahkan bayi kami juga mengalami sindrom Down.

“Ditambah pula isteri saya melahirkan bayi kami secara pembedahan. Saya terpaksa menumpukan sepenuh masa serta perhatian bagi menjaga kesihatannya juga,” tambahnya.

Shah Rizal mengakui, dia kini kehabisan wang simpanannya bagi menampung kelangsungan hidup mereka empat beranak termasuk menjaga anak sulung yang berusia dua tahun.

“Kos rawatan pembedahan serta terpaksa berulang-alik dari Johor Bahru ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur hampir setiap bulan menelan belanja hampir RM2,000 setiap kali ke sana,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu bagi boleh menya­lurkan sumbangan ke akaun 1515-4807-1637 Maybank (Shah Rizal Mochammad) atau menghubunginya di talian 017-7962245. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI