fbpx

Wanita dikecam teruk pegang testis harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Akkarachaiyapas memegang alat sulit seekor harimau di sebuah zoo di Thailand barubaru ini. – VIRAL PRESS

BANGKOK – Seorang wanita dikecam warganet kerana memegang testis seekor harimau di sebuah zoo bandar Chiang Mai di Thailand baru-baru ini, lapor Daily Mail.

Waraschaya Akkarachaiyapas turut berswafoto bersama harimau itu dipercayai semasa dia melawat Zoo Tiger Kingdom pada 26 Ogos lalu.

Pengguna laman sosial, Phorntip Siracha menyifatkan aksi Akkarachaiyapas sebagai biadap dan sengaja memalukan haiwan pemangsa itu.

“Ini perbuatan sangat biadap, harimau itu tidak membenarkan kamu memegang alat sulitnya dan anda tiada hak untuk melakukan perkara tersebut,” katanya.

Sementara itu, seorang individu bernama Kaew bimbang tindakan wanita itu boleh menyebabkan dia cedera diserang harimau berkenaan.

AKKARACHAIYAPAS berswafoto dengan seekor harimau semasa lawatan di Zoo Tiger Kingdom di bandar Chiang Mai. – DAILY MAIL

Bagaimanapun, Akkarachaiyapas tetap mempertahankan perbuatan itu dengan mendakwa dia seorang pencinta haiwan.

Ketua Penjaga Zoo, Pirom Cahntama berkata, pihaknya ada staf terlatih untuk menjaga pelawat serta kawanan harimau di zoo berkenaan.

Dia berkata, semua pelawat akan dipantau semasa berinteraksi dengan harimau termasuk sesi swafoto demi keselamatan mereka.

“Kita tidak membenarkan pengunjung memegang testis haiwan namun, mereka dibenarkan menyentuh bahagian lain harimau itu sambil diawasi staf.

“Kami akan memastikan tiada lagi pengunjung menyentuh alat sulit harimau,” jelasnya.

Sebelum ini, pihak pengurusan zoo itu dituduh memberikan ubat pelali kepada harimau agar pengunjung boleh berinteraksi secara dekat dengan mamalia dalam kurungan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI