fbpx

Bunuh isteri kerana enggan melakukan hubungan intim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS bergegas ke rumah Vito Cangini selepas menerima laporan daripada majikan isterinya yang berasa curiga. – NEWSFLASH

GRADARA, ITALI – Seorang lelaki di Itali bertindak menikam isterinya sehingga mati kerana mengubah fikiran dengan enggan melakukan hubungan intim selepas suspek mengambil pil Viagra, lapor portal berita MailOnline semalam. 

Vito Cangini, 80, didakwa membunuh isterinya, Natalia Kyrychok, 61, di rumah mereka di bandar Gradara, pada 25 Disember lalu.

Disebabkan menolak untuk melakukan hubungan seks, pasangan warga emas itu bertengkar dan suspek turut menuduh mangsa terpikat dengan majikannya. 

Suspek bertindak menikam mangsa sehingga mati dan meninggalkan mayat dalam keadaan berlumuran darah di atas lantai lalu tidur.

Keesokan paginya, dia dilaporkan bersarapan pagi, membawa anjing peliharaannya bersiar-siar dan pulang ke rumah seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Dia turut membawa anjingnya bersiar-siar pada waktu petang sebelum menghubungi majikan isterinya untuk memberitahu bahawa lelaki itu tidak akan berjumpa lagi dengan Kyrychok.

Majikan mangsa yang berasa curiga lantas melaporkan perkara itu kepada polis. Pegawai yang memeriksa kediaman pasangan tersebut kemudian menemui mayat mangsa dengan empat kesan tikaman termasuk satu pada bahagian jantung.

Suspek akhirnya ditahan dan senjata pembunuhan ditemui di tempat kejadian. Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI