fbpx

SJK sah di sisi undang-undang – Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa kewujudan sekolah jenis kebangsan (SJK) Cina dan Tamil tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali membuat keputusan itu selepas menolak saman yang difailkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) serta Gabungan Persatuan Penulis Malaysia selain selesai mendengar hujah daripada pihak-pihak dalam prosiding sebelum ini.

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantara di sekolah-sekolah tersebut juga adalah sah di sisi undang-undang.

“Kewujudan dan penubuhan sekolah-sekolah berkenaan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan malah kewujudannya telah diiktiraf dan dilindungi sejak merdeka.

“Penggunaan bahasa lain selain Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan juga tidak bertentangan dengan Perlembagaan kerana sekolah vernakular bukanlah satu badan statutori atau pihak berkuasa awam yang wajib menggunakan bahasa kebangsaan,” katanya.

Pada Disember 2019, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) serta Gabungan Persatuan Penulis Malaysia menamakan Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan sebagai defendan, manakala 11 lagi dimasukkan sebagai pihak berkepentingan.

Kedua-dua pertubuhan itu memfailkan saman memohon diisytiharkan bahawa Seksyen 2, 17, dan 28 Akta Pendidikan 1996, yang membenarkan penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, dan ia dianggap batal dan tidak sah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI