fbpx

Asteroid tiga kali ganda saiz Big Ben lintasi Bumi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asteroid 2017 AE3 dijangka melepasi Bumi hari ini dan diramalkan bersaiz hampir tiga kali ganda saiz Big Ben. - Getty Images

WASHINGTON – Satu asteroid bersaiz hampir tiga kali ganda daripada menara jam Big Ben dijangka melintasi Bumi hari ini, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkata, asteroid dinamakan sebagai 2017 AE3 itu akan melintas pada jarak yang ‘rapat’ dengan Bumi.

“Batu angkasa itu dijangka menghampiri Bumi pada jarak 3.05 juta kilometer (km) dan melintas tanpa sebarang gangguan.

“Ia diramal bergerak pada kelajuan 75,639 km sejam dan berukuran selebar 353 meter,” kata NASA.

Agensi angkasa itu turut memberitahu bahawa ia akan memantau rapat perkembangan pergerakan asteroid tersebut.

NASA menetapkan bahawa mana-mana objek angkasa yang bergerak pantas dan berada pada jarak 7.48 juta km adalah ‘berpotensi berbahaya’. 

Perubahan terkecil pada trajektori batu angkasa turut dianggap boleh mengancam Bumi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI