fbpx

Beruang matahari mati dipercayai dilanggar kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR beruang matahari ditemui mati di dalam longkang i Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Ulu Bendul, Kuala Pilah, malam semalam dipercayai dilanggar sebuah kereta.

KUALA PILAH – Seekor beruang matahari ditemui mati selepas dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Ulu Bendul malam semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli ketika dihubungi mengesahkan penemuan haiwan liar tersebut dan memaklumkan ia merupakan seekor beruang jantan dewasa seberat 85 kilogram.

“Pihak Perhilitan Daerah Jempol telah ke lokasi kejadian dan mendapati seekor beruang telah mati berada di di dalam longkang. Beruang tersebut telah dibawa ke pejabat untuk tindakan lanjut.

“Beruang tersebut mengalami kecederaan di bahagian badan dan muka. Ia merupakan beruang matahari jantan dewasa dengan anggaran berat 85 kilogram berusia antara 10 hingga 18 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, video dan gambar beruang yang mati tersebut turut tular di media sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI