fbpx

Indonesia, Thailand intai status juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Indonesia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bersaing sepenuh tenaga menentang skuad Gajah Perang di Stadium Nasional Singapura malam ini. – PSSI

PASUKAN Indonesia optimis dapat mencipta kejutan untuk bergelar ‘raja’ bola sepak Asia Tenggara menjelang aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2020 menentang Thailand di Stadium Nasional, Singapura malam ini.

Keyakinan itu disuarakan oleh ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong yang percaya barisan pemain sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bersaing sepenuh tenaga menentang skuad Gajah Perang itu nanti.

Kata Tae-yong, perebutan trofi bola sepak berprestij Asia Tenggara itu adalah terbuka dengan kedua-dua pasukan pasti memberikan aksi terbaik sepanjang dua perlawanan di pentas final nanti.

TAE YONG percaya anak-anak buahnya sudah bersiap sedia untuk mengharungi aksi final Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Singapura malam ini.

“Secara jujur, barisan pemain Indonesia kini fokus untuk mengejar status sebagai pasukan No. 1 di Asia Tenggara. Namun, pada masa sama saya tidak mahu kami terlalu yakin di atas padang nanti.

“Ini kerana, Thailand juga memiliki barisan pemain yang berkualiti dan kedua-dua pasukan sememangnya layak dipertemukan di pentas final selepas mempamerkan prestasi konsis­ten sepanjang kempen kali ini.

“Apa yang pasti, bola itu bulat dan pasukan mana beraksi lebih baik, mereka layak untuk bergelar juara kerana saingan final adalah terbuka,” katanya dipetik dalam portal CNN Indonesia.

Indonesia yang menduduki ranking No. 164 dunia mempamerkan kelas tersendiri sejak dibimbing Tae-yong apabila menjuarai Kumpulan B selain menewaskan tuan rumah, Singapura di pentas separuh akhir.

Sebagai rekod, skuad Sang Garuda kini memburu trofi Piala AFF Suzuki buat kali pertama selepas hanya mampu bergelar naib juara sebanyak lima kali pada edisi 2000, 2002, 2004, 2010 dan 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI