JOHOR BAHRU – Sekeping gambar lelaki dipercayai berketurunan Rohingya yang dikenali sebagai Long Tiger ditangkap polis tular di media sosial hari ini.
Gambar menunjukkan beberapa anggota polis menahan Long Tiger yang hanya berseluar pendek berwarna putih di sebuah rumah di Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini esok.
Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi 15 Disember lalu, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula.
Lelaki itu diambil dari penjara Sungai Udang untuk perbicaraan dibawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE