PETALING JAYA – Seorang lelaki sanggup menunggang motosikal sejauh 200 kilometer (km) dari Batu Gajah, Perak ke Selangor semata-mata untuk membantu mangsa banjir di Shah alam, Semenyih dan Hulu langat baru-baru ini.
Berdasarkan perkongsian gambar di laman Facebook @NoorAzmi, seorang sahabatnya bernama Gaban sanggup menunggang motosikal ke negeri lain bagi menghulurkan bantuan kepada keluarga yang terkesan akibat banjir.
“Semoga Allah lindungi perjalanan Gaban pergi dan balik,” ujarnya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai menzahirkan rasa terharu dan mendoakan pemuda berkenaan.
“Semoga Allah panjangkan umurnya dan diberikan kesihatan yang baik buat insan yang hebat ini,” ujar @rossflowers.
“Semoga lancar urusan sahabat Gaban dan diberikan rezeki serta nikmat melimpah ruah,” kata @jejakaodengs pula.
“Nama dengan motor sama handal kome. Semoga dipermudahkan kesihatan sepanjang hayat,” komen @TainMy. – K! ONLINE