fbpx

Polis gempur 3 lokasi penjaja jalanan di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuhaimi (dua dari kanan) dan anggota MPKB-BRI memeriksa motosikal roda tiga yang ditinggalkan penjaja jalanan di persimpangan lampu isyarat Pasir Hor, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Puluhan penjaja jalanan yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman di tiga persimpangan lampu isyarat di sekitar bandar Kota Bharu bertempiaran lari selepas tempat mereka mencari rezeki digempur pihak polis, hari ini.

Mereka sanggup berlari sejauh satu kilometer dengan membawa barang jualan ke kawasan kampung sebelum bersembunyi di dalam semak bagi mengelak daripada disaman polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, operasi selama dua jam itu turut melibatkan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB- BRI) yang bertujuan untuk membanteras penjaja jalanan di sekitar kawasan bandar Kota Bharu.

Menurutnya, dalam operasi yang dijalankan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuala Krai, Taman Maju dan Pasir Hor itu, polis telah mengeluarkan 33 saman kepada penjaja jalanan berusia 13 hingga 40 tahun selain merampas tujuh buah motosikal roda tiga yang digunakan oleh mereka.

“Sukar untuk menahan penjaja jalanan ini sehingga pihak polis terpaksa melakukan penyamaran sebelum bergerak ke beberapa lokasi persimpangan lampu isyarat.

“Difahamkan, seramai lima pekerja diupah untuk menjaja di satu kawasan lampu isyarat. Upah penjaja dibayar secara komisen dipercayai daripada seorang tauke,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi tersebut hari ini.

Menurutnya, polis menjalankan operasi selepas menerima aduan daripada orang ramai yang bimbang dengan keselamatan mereka semasa berada di jalan raya sekiranya terlanggar penjaja di persimpangan lampu isyarat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI