fbpx

Kounde semakin hampiri London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOUNDE (kanan) dilihat sebagai sebahagian daripada pelan kecemasan Chelsea apabila mereka berdepan kemungkinan kehilangan khidmat Rudiger. – AFP

LONDON – Chelsea mungkin mampu menarik nafas lega apabila peluang untuk mereka melengkapkan perpindahan pemain buruan sejak sekian lama, Jules Kounde bulan hadapan semakin cerah.

Pada musim panas lalu, The Blues dilaporkan sudah bersetuju dengan terma peribadi yang diinginkan oleh Kounde, namun perpindahannya me­nemui kegagalan apabila ke­dua-dua kelab gagal sepakat mengenai nilai perpindahan.

Selepas enam bulan berlalu, Chelsea terdesak untuk membawa Kounde ke Stamford Bridge apabila mereka berdepan kemungkinan kehilangan Antonio Rudiger, Andreas Christensen, Cesar Azpilicueta dan Thiago Silva yang hanya memiliki baki kontrak enam bulan.

Silva dilaporkan menerima tawaran lumayan daripada pasukan dari Timur Tengah, manakala Azpilicueta dan Rudiger diintai oleh Barcelona dan Real Madrid.

Chelsea juga turut dilapor­kan sudah mengurangkan har­ga Rudiger supaya mereka dapat menjualnya pada Januari nanti berbanding kehilangan secara percuma sebaik kontraknya tamat pada musim panas nanti.

Keengganan Rudiger meneri­ma kontrak baharu menyebabkan Chelsea tidak mempunyai pilihan lain kecuali segera mendapatkan khidmat Kounde.

Pemain berusia 23 tahun itu juga sebelum ini turut diburu oleh Manchester United dan setakat ini masih belum ada sebarang laporan bahawa kelab itu mengeluarkan namanya daripada senarai pemain yang mereka inginkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI