fbpx

SHMKM dilanjutkan sehingga 4 Februari 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) melibatkan 12 jenis barangan yang sebelum ini diperkenalkan pada 7 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021 telah dilanjutkan tempoh pelaksanaan sehingga 4 Februari 2022.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan ini dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima dan sebagai langkah berterusan untuk menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan.

Katanya lagi, Kementerian telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan SHMKM berkuatkuasa pada 01 Januari 2022 sehingga 4 Februari 2022 iaitu selama 35 hari.

“Jumlah barangan harga terkawal bagi pelaksanaan Skim ini adalah sama iaitu melibatkan 12 jenis barangan makanan keperluan asas dari kategori ayam, telur ayam dan sayur-sayuran,” ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Alexander berkata, 12 item itu adalah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya) dan ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal).

“Selain itu telur ayam gred A (berat antara 65 gram hingga 69.9 gram sebiji), telur ayam gred B (berat antara 60 gram hingga 64.9 gram sebiji) dan telur ayam gred C (berat antara 55 gram hingga 59.9 gram sebiji).

“Barangan lain melibatkan sayur-sayuran ialah kacang panjang, cili merah, tomato, sawi hijau, kobis bulat Import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing) dan timun,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI