fbpx

Hamilton masih diburu rasa kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON dikatakan masih kecewa dengan kegagalannya merangkul gelaran dunia selepas tewas kepada Verstappen pada perlumbaan terakhir di Abu Dhabi baru-baru ini. – AFP

LONDON – Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton masih terus mem­bisu berikutan kekecewaannya selepas gagal untuk merangkul gelaran kelapan apabila tewas kepada pelumba Red Bull, Max Verstappen di Grand Prix (GP) Abu Dhabi baru-baru ini.

Hamilton, 36, dikatakan sa­ngat kecewa dan berputus asa sejak kekalahan tersebut, malah tidak menghadiri majlis gala Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), selain mengambil keputusan untuk tidak lagi mengikuti sesiapapun di Instagram.

Kali terakhir pemandu Britain itu memuat naik status dan gambar di Instagram atau Twitter ialah pada 11 Disember lalu, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai keadaannya pada ketika ini.

Bagaimanapun, abangnya iaitu Nicolas Hamilton mengakui bahawa pelumba sensasi dunia itu dalam keadaan baik dan menegaskan adiknya masih memerlukan masa untuk dirinya sendiri.

“Saya fikir dia hanya mahu berehat sementara terutama di media sosial. Saya tidak mahu memberinya tekanan, tetapi ­berilah dia masa buat ketika ini untuk bertenang.

“Media sosial boleh menjadi tempat yang sangat toksik. Tetapi,­ dia dalam keadaan baik ketika ini,” kata Nicolas.

Sebelum ini, bekas bos F1, Bernie Ecclestone menjangkakan Hamilton tidak akan kembali bersaing bersama Mercedes selepas kecewa dengan kontroversi di Abu Dhabi yang menyebabkannya kehilangan takhta dunia kepada Verstappen.

Bagaimanapun, ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff mengharapkan pelumbanya itu meneruskan karier bersama mereka kerana mengakui Hamilton me­rupakan pemandu terbaik sepanjang zaman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI