fbpx

Badrul Hisham Ketua Eksekutif baharu IRDA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Badrul Hisham Kassim, 54, dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang baharu berkuat kuasa 1 Januari 2022.

IRDA dalam satu kenyataan berkata, Mesyuarat Ahli-Ahli Pihak Berkuasa IRDA yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad baru-baru ini bersetuju atas pelantikan Badrul Hisham bagi menggantikan Datuk Ismail Ibrahim yang bersara selepas 12 tahun menerajui agensi itu.

“Badrul Hisham seorang Pegawai Tadbir Negeri Johor sejak 1992 dan pembabitan beliau dalam Iskandar Malaysia bermula sebelum penubuhan IRDA lagi.

“Pada 2006, beliau dipinjamkan dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) ke Khazanah Nasional Berhad bagi tujuan perancangan untuk penubuhan Iskandar Malaysia dan bermula dari situ, beliau terlibat secara langsung dalam menzahirkan Rancangan Pembangunan Komprehensif IRDA 2006-2025 dan Draf Rang Undang-Undang IRDA.

“Selepas kembali ke UPENJ, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Negeri IRDA yang pertama bagi menjalankan tugas menyelaras urusan dengan jabatan dan agensi negeri, termasuk kelulusan yang diperlukan di peringkat negeri dari tahun 2007 sehingga 2014,” katanya.

IRDA menambah, Badrul Hisham juga seorang yang berpengalaman dalam pentadbiran negeri termasuk di bahagian UPENJ, pentadbiran tanah dan pihak berkuasa tempatan serta penglibatan dengan jabatan Persekutuan se­perti Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI