fbpx

2NE1 bubar, Sandara hilang arah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANDARA PARK

PEMBUBARAN kumpulannya, 2NE1 benar-benar memberi impak terhadap penyanyi Sandara Park apabila mengakui, dia seperti kehilangan arah dan tujuan dalam hidup.

Ujar Sandara atau Dara, dia mengalami serangan kebimbangan kerana memikirkan hala tuju masa depan kariernya selepas 2NE1 dibubarkan.

Alasan Dara, selama bersama 2NE1, dia kerap berasakan dirinya seorang yang tidak berguna memandangkan tiga lagi rakan kumpulannya memiliki bakat dan kebolehan yang hebat.

“Selepas bubar dan saya perlu berdiri sendiri, saya mengalami ‘anxiety’ yang teruk apabila memikirkan apa yang mampu saya lakukan seorang diri. Itu adalah fasa paling sukar bagi saya.

“Saya rasa macam tak berguna kepada kumpulan sebab setiap ahli lain ada bakat yang hebat,” katanya.

Disebabkan itu, dia menderita diserang perasaan bimbang selama dua tahun akibat kehilangan orang terdekat yang sering memberinya sokongan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI