fbpx

Long Tiger akhirnya diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Long Tiger.

JOHOR BAHRU – Selepas 13 hari bersembunyi, lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak dekat sini pada 15 Disember lalu diberkas polis hari ini.

Difahamkan, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, ditahan dalam operasi khas yang dijalankan polis di Kuala Ketil, Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini esok.

Berita berkaitan: Pasangan suami isteri ditahan subahat lindungi Long Tiger 

Berita berkaitan: Long Tiger mungkin bersembunyi di Melaka

Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi, 15 Disember lalu, Ab. Hamim bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula.

Lelaki itu diambil dari penjara Sungai Udang, Melaka untuk perbicaraan dibawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Berita berkaitan: Long Tiger lolos lokap mahkamah 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI