fbpx

Simpan mayat ibu 2 bulan di rumah kerana wasiat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menyiasat keadaan di rumah Putu selepas ahli keluarganya yang lain melaporkan terdapat mayat Wayan disimpan di rumah itu. – Istimewa

JAKARTA – Seorang lelaki  di Pulau Bali mengejutkan penduduk setempat apabila tinggal bersama mayat ibunya selama hampir dua bulan kerana dikatakan bagi menurut wasiat terakhir ditinggalkan wanita itu, lapor laman berita Suara.com semalam.

Putu Sugiarta, 53, membiarkan mayat ibunya, Wayan Terpi, 96, di rumah mereka selama 56 hari selepas wanita itu meninggal dunia pada 3 November lalu.

Lelaki itu dikatakan menggunakan ais batu dalam kuantiti yang banyak bagi mengawet mayat ibunya agar tidak rosak dan berbau.

Menurut laporan, Wayan meninggalkan pesanan terakhir kepada Putu agar mayatnya dibiarkan selama empat bulan di rumah tanpa memberitahu ahli keluarga yang lain.

Bagaimanapun, insiden itu berjaya dihidu ahli keluarga lain yang pergi ke rumah mereka untuk menjenguk keadaan Wayan.

Sejurus mengetahui bahawa wanita itu telah meninggal dunia, mereka membuat keputusan untuk segera mengebumikan mayatnya, namun permintaan itu ditolak oleh Putu sehingga memaksa ahli keluarganya melaporkan perkara itu kepada Balai Polis Seririt. 

“Ahli keluarga yang lain tidak dibenarkan menjenguk mayat Wayan selain hasrat mereka untuk mengebumikannya turut dihalang oleh Putu,” kata Komisioner Polis, Gede Juli.

Tambah Gede, berdasarkan siasatan, Wayan telah meninggal dunia pada 3 November lalu kerana sakit tua.

“Mendiang tinggal berdua bersama anaknya (Putu). Menurut Putu, ibunya ada meninggalkan pesanan agar mayatnya dibiarkan dahulu di rumah sekurang-kurangnya empat bulan tanpa memberitahu keluarga yang lain sebelum dikebumikan,” katanya.

Mayat Wayan akhirnya telah dikebumikan dan polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam insiden tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN