GEORGE TOWN – Seorang pekerja lelaki disahkan maut selepas terlibat dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah tongkang di Gat Lebuh Macallum, Pengkalan Weld di sini hari ini.
Mangsa, Yaser Abdullah, 60, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang di sini kira-kira sejam selepas kejadian pada pukul 10.45 pagi.
Dalam kebakaran itu, lima lagi kru tongkang berusia 35 hingga 72 tahun melecur pada tangan.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Mohamad Yahaya Murad berkata, mangsa yang maut diberi rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital. – K! ONLINE
Berita berkaitan: 1 parah, 5 cedera ringan tongkang terbakar