PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ebit Lew dilihat tenang bermesra dengan haiwan liar serta berpeluang bergambar bersama harimau dan singa ketika lawatan beliau ke Dubai baru-baru ini.
Ebit menerusi perkongsian gambar di Facebooknya, menunjukkan situasi beliau bersama haiwan-haiwan tersebut sebagai kenangannya ketika berada di negara luar.
“Kenangan di Dubai hari itu. Allah Maha Kuasa, makhluk langsung tiada kuasa,” katanya.
Sementara itu, harimau dan singa tersebut kelihatan jinak dan mudah didekati oleh Ebit yang menyentuh dan mencium badannya.
Rata-rata orang ramai turut meninggalkan komen mereka dan mendoakan segala urusan Ebit terus dipermudahkan.
“Di Dubai sebenarnya lumrah mereka jadikan haiwan liar dan eksotik sebagai haiwan peliharaan,” kata Anas Hizami.
“Hebat ustaz dapat pegang dan bergambar dengan haiwan liar, moga segala urusan ustaz dipermudahkan,” tulis Az Muaz.
“SubhanAllah, atas izin Allah haiwan tersebut tenang bersama ustaz,” kata Mohd Syahir. – K! ONLINE