fbpx

Banjir: PPS UiTM ditutup sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM- Universiti Teknologi Mara (UiTM) secara rasminya telah menutup pusat penempatan sementara (PPS) bagi mangsa banjir di sekitar Shah Alam, pada 26 Disember lalu.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi berkata, penutupan pusat tersebut dibuat setelah semua mangsa banjir dibenarkan semula pulang ke rumah masing-masing.

“Sejak dibuka pada 19 Disember lalu, seramai 285 mangsa yang mendapatkan perlindungan di PPS tersebut.

“Ada juga mangsa yang terdiri daripada warga kerja UiTM tetapi saya tidak mempunyai angka itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat agung Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Mara (MITASA) di UiTM Shah Alam, di sini, hari ini.

Kata beliau, UiTM ketika ini seramai 250 sukarelawan terdiri daripada kakitangan serta pelajarnya sedang giat melakukan kerja pembersihan rumah mangsa banjir di beberapa kawasan di seluruh Selangor.

Ujar Mohd. Sazali, pihaknya turut melancarkan tabung sumbangan Khas Bantuan Banjir sejak 18 Disember lalu.

“Setakat ini, kita berjaya mengutip sebanyak RM33,889.65 melalui tabung ini dengan sasaran adalah sebanyak RM100,000,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Affin Islamic Bank 105140003422 (Bendahari UiTM) – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI