fbpx

Mangsa banjir mula terima BWI semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sudah mula diterima mangsa banjir semalam.

Menerusi satu hantaran di Facebook beliau berkata,, ia selaras dengan hasrat kerajaan bahawa dana yang diperuntukkan kerajaan Persekutuan untuk disalurkan kepada mangsa banjir perlu dipermudahkan dan disegerakan.

BWI sudah mula diterima mangsa banjir semalam

“Sehingga 27 Disember 2021, kerajaan telah salurkan RM34 juta untuk diagihkan kepada 34,000 Ketua Isi Rumah (KIR) di negeri-negeri yang terjejas banjir.

“Mesyuarat Task Force Pengurusan Pasca Banjir dan Kesiapsiagaan Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali membuat keputusan semalam, serahan tunai dilaksanakan bagi memastikan mangsa banjir segera menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI),” katanya hari ini.

Ismail Sabri berkata, terdapat tiga kaedah digunakan bagi penyaluran BWI iaitu serahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), serahan tunai rumah ke rumah dan pemindahan tunai secara atas talian (EFT).

Beliau berkata, bantuan itu sudah mula diagihkan di peringkat PKOB dengan kerjasama Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

“Usaha untuk mengesan mangsa yang belum berdaftar sedang giat dijalankan oleh PKOB dan ICU.

“Tiga kaedah yang digunakan akan mempermudah urusan penyaluran BWI dengan lebih efektif dan pantas,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI