fbpx

Mancini masih tetap percayakan Jorginho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JORGINHO dipilih untuk menyertai skuad Itali dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah menentang Bosnia dan Belanda. – AFP

FLORENCE, Itali – Ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini memilih untuk tidak menyenaraikan nama bintang muda Brescia, Sandro Tonali untuk dua perlawanan antarabangsa Liga Negara-Negara Eropah menentang Bosnia-Herzegovina dan Belanda.

Mancini, 56, terpaksa membuat keputusan itu supaya fokus Tonali, 20, tidak terjejas memandangkan pemain tengah tersebut kini dikatakan semakin hampir untuk melengkapkan perpindahannya menyertai AC Milan.

Justeru, Mancini memanggil Jorginho untuk mengisi kekoso­ngan bahagian tengah.

Bekas pengendali Manchester City itu merasakan kehadiran Jorginho, 29, mampu memastikan skuad bimbingannya me­ngatasi Bosnia yang bakal dike­tuai penyerang sensasi AS Roma, Edin Dzeko di Stadium Artemio Franci pada Sabtu ini.

The Azzurri pernah menewaskan Bosnia seba­nyak dua kali dalam pusingan kelayakan Euro tahun lalu.

“Saya masih ingat Bosnia pernah menjaringkan gol terlebih dahulu sewaktu kami bertemu mereka di Turin sebelum ini. Jadi, saya mahu semua pemain memberikan fokus supaya perkara sama tidak berulang kali ini.

“Jika kami tak mampu melepasi halangan Bosnia, ia bermakna kami akan berdepan kesukaran untuk menewaskan Belanda selepas ini pada Selasa ini,” kata Mancini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI