PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir harini ini di lima buah negeri telah menurun berbanding semalam.
Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah keseluruhan mangsa banjir setakat ini adalah seramai 19,433 orang.
Sebanyak 78 mangsa di negeri Kelantan dan satu Pusat Pemindahan Sementara dibuka manakala di negeri Selangor pula, sebanyak 7,503 mangsa serta 36 PPS dibuka.
Seterusnya, di negeri Pahang, sebanyak 11,772 mangsa dan 83 PPS dibuka. Untuk negeri Melaka pula, sebanyak 26 mangsa dan satu PPS dibuka manakala Negeri Sembilan sebanyak 54 mangsa dan dua PPS telah dibuka.
“Setakat pukul 10 pagi ini, sebanyak 123 PPS telah dibuka di seluruh negeri menempatkan 5,963 keluarga termasuk 13,467 orang dewasa, 5,428 kanak-kanak, 1,076 bayi, 1,275 warga emas dan 133 orang kelainan upaya (OKU),” katanya. – K! ONLINE