fbpx

Urusan Donny hampir selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN DE BEEK hanya menunggu masa untuk diumumkan sebagai pemain baharu United apabila urusan perpindahannya sudah berada di penghujung. – AFP

MANCHESTER – Pemain tengah Ajax Amsterdam, Donny Van De Beek dilaporkan sudah menyelesaikan urusan perpindahannya ke Manchester United dengan kontrak selama lima tahun.

Pemain antarabangsa Belanda itu berada pada fasa terakhir urusan perpindahan bernilai £40 juta (RM221.97 juta) selain diberi pilihan untuk melanjutkan kontrak sehingga tahun keenam di Old Trafford.

Bagaimanapun, Van De Beek terpaksa melupakan hasratnya untuk menyarung jersi No.6 yang dipakainya ketika di Ajax kerana jersi berkenaan merupakan milik playmaker pasukan itu, Paul Pogba.

Ekoran itu, Van De Beek membuat keputusan untuk menggunakan jersi bernombor 34 yang didedikasikan kepada bekas rakan sepasukannya, Abdelhak Nouri yang menggunakan nombor yang sama di Ajax.

Nouri dan Van De Beek melalui hubungan yang sangat erat sejak kanak-kanak ketika mereka bersama di Akademi Ajax sebelum Nouri rebah di padang ketika aksi persahabatan pada 2017 ekoran masalah kegagalan otak.

Van De Beek mengakui tragedi yang menimpa Nouri benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepadanya menyebabkan dia bersedia menggunakan nombor berkenaan sebagai mengenang rakan baiknya itu.

Pada sesi temubual kira-kira setahun lalu, Van De Beek me­ngakui bahawa hubungan mereka sangat erat sehingga sekarang dan sering melawat Nouri.

“Appie (Nouri) adalah seorang pemain yang bijak. Kami duduk bersebelahan di bilik persalinan ketika di Ajax. Mungkin saya akan menggunakan No. 34 selepas ini.

“Kami pernah berjanji bahawa kami tidak akan meninggalkan Ajax sehingga kelab ini mampu meraih kejuaraan dan saya telah memberikan kejuaraan ke-34 buat kelab ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI